Bas Muafakat Johor (BMJ)
Bas Muafakat Johor (BMJ) ialah perkhidmatan bas pengangkutan awam percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk memberikan kemudahan mobilisasi kepada rakyat tempatan. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).